Program

MODUL JATI DIRI :RANGCANG STRATEGI

 

Pengenalan

           

            Pemimpin yang bijak merangcang strategi.Sebelum melaksanakan ssuatu projek beliau mengambil kira semua aspek,peserta akan bersedia serta mampu untuk memimpin sesebuah persatuan atau organisasi.Selain itu,peserta juga akan berkemampuan mengendalikan tugas kepimpinan dan meningkatkan perasaan tanggungjawab untuk kepimpinan sesebuah persatuan atau organisasi dengan lebih berkesan.Di samping itu, modul ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kekuatan dan potensi diri.Kejayaan individu dapat dikejapi dikecapi jika mengenalpasti potensi diri dan mempunyai cita-cita yang jelas.

 

Objektif

 

1.                  Peserta boleh merialisasikan potensi diri

2.                  Berpeluang mengenal cita-cita hidup.

3.                  Boleh mengenal keistimewaan diri untuk mencapai cita-cita.

4.                  Mengenal pasti halangan-halangan yang mingkin ada dalam mencapai cita-cita.

5.                  Mengelakkan peserta mencapai cita-cita melalui cara yang salah.

 

Alatan

 

1.                  Kertas A4

2.                  Kotak

3.                  stelefon(salaptep)hahaha

 

Masa

 

                  30 minit

 

Langkah langkah perlaksanaan

 

1.                  Edarkan 2 helai kertas A4 kepada setiap kumpulan

2.                  kotak diletakkan dihadapan pelajar dan garisan dibuat

3.                  Ahli kumpulan dikehendaki membuat perbingcangan memilih wakil untuk mengumpal kertas itu tadi.

4.                  Ahli yang dipilih tersebut dikehendaki membaling gumpalan kertas ke dalam kotak yang disediakan

5.                  Peserta dikehendaki mengemukakan penjelasan dan berbincangkan dalam kumpulan.

 

 

 

 

Falsafah Dan Pengajaran

 

1.                  Fasilitator mesti menyediakan suahsana agar peserta dapat berinteraksi sesama mereka dengan baik terutama dalam memberi pandangan dan reaksi.

2.                  Soalan-soalan terbuka separti mengapa,sejauhmana bagaimana amat penting dalam mencungkil maklumat para peserta.

3.                  Setiap manusia mempunyai cita-cita,samaada cita-cita jangka pendek(separti kemana kita selepas ini,lulus peperiksaan dan sebagainya)dan cita-cita jangka panjang,yakni apakah kerjaya yang ingin diceburi di masa akan datang.

4.                  Dalam mencapai cita-citanya,manusia menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang dapat dianggap sebagai penghalang.

5.                  Tidak semua mengunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk menghadapi cabaran dalam usaha mencapai cita-citanya.

6.                  Terdapat juga manusia mencari jalan mudah untuk mencapai cita-cita hidupnya.Dengan demikian ia mudah terjebak dalam perlara-perkara yang bertentangan dengan naluri manusia itu sendiri seperti rasuah,mencuri,menipu,hipokrit dan sebagainya,yang akhirnya bukan sahaja merosakkan dirinya malah masyarakat keseluruhannya.

 

 

TEMA   :  KOMUNIKASI

 

1.0    PENGENALAN

    

Kehidupan manusia sama seperti kehidupan makhluk yang lain,  iaitu tidak terlepas daripada proses komunikasi. Komunikasi berlaku dalam diri manusia, dalam sesebuah keluarga, sesebuah organisasi dan masyarakat. Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu lisan (verbal) dan bukan lisan (non-verbal). Komunikasi adalah satu proses penyampaian maksud / mesej oleh individu kepada individu lain.

Menurut De Veto (1978) dalam buku Komunikasi Antara Manusia menyatakan komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta-merta.

            Komunikasi adalah bertujuan untuk menghubungkan, iaitu membina hubungan yang bermakna, untuk memujuk yang merangkumi tujuan  memanipulasi mengawal atau mempengaruhi . Komunikasi juga adalah untuk permainan atau tujuan hiburan.

 

2.0    SASARAN

                       

Pelajar Tingkatan Empat Bestari

 

3.0  SINOPSIS                      

 

Modul ini mengandungi beberapa aktiviti yang bertujuan untuk pelajar-pelajar mengaplikasikan pembelajaran melalui kaedah dan cara berkomunikasi yang berkesan.  Modul ini juga akan membantu pelajar mengatasi masalah  berkomunikasi  dan  mereka mampu berkomunikasi dengan lebih baik dan berkeyakinan.

 

 

 

 

 

4.0  MATLAMAT   

 

1. Melahirkan  pelajar yang terlatih yang boleh berkomunikasi  dengan berkesan.

2. Melahirkan pelajar terlatih sentiasa berusaha membaiki cara-cara berkomunikasi dalam  

    kehidupan harian.

 

 

 

5.0    OBJEKTIF                    

 

Selepas mengikuti Modul ini :

i.                    Pelajar mengetahui teknik berkomunikasi yang berkesan dengan rakan sebaya dalam perhubungan seharian.

ii.                  Pelajar dapat menggunakan kemahiran yang betul dalam kehidupan seharian.

iii.                Mengetahui kepentingan komunikasi dalam perhubungan antara sesama manusia.

iv.                Mengetahu masalah dan halangan yang sering dihadapi dalam komunikasi.

v.                  Mempraktikkan kemahiran komunikasi yang baik

 

6.0 KAEDAH                          : 1. Penerangan

                                        2. Simulasi

                                        3. Inventori

                                        4. Sumbang-saran

 

7.0 ALAT DAN            : 1. Inventori maklumat Konsep Kendiri

      BAHAN                    2. Gambar

                                         3. Barang peribadi

 

8.0  MASA                    :  1 jam 30 minit

       PELAKSANAAN         

AKTIVITI  1

 

Tajuk             : Pengucapan Awam (Promosi Diri)

Objektif          : Selepas aktiviti ini pelajar dapat :

                          1. Melatih pelajar bercakap di khalayak ramai dengan selesa dan tenang.

                          2. Membina keyakinan diri dalam diri pelajar dan dapat meningkatkan

                              penghargaan kendiri pelajar apabila berjaya mempromosikan diri            

                              kepada rakan.

Kaedah           :  Simulasi

Tempoh          :  30 minit

Alatan             : 1.  Kertas.

                           2. Cebisan kertas (tertulis ucap selamat)

                           3.  Pen.

Langkah-langkah :

 

1.        Pelajar dibahagikan dalam kumpulan.

2.        Pelajar diberi cebisan kertas yang tertulis perkataan ucap selamat.

3.        Pelajar diminta masuk dalam kumpulan yang dibentuk.

4.        Setiap kumpulan memilih ketua dan lukis identiti kumpulan mereka dalam kertas yang diberi.     

5.        Pelajar  diminta membuat satu iklan untuk mempromosikan diri mereka. Contohnya membuat iklan menjadi seorang doktor bagi mewakili cita-cita atau minatnya, atau pun gaya keadaan ahli keluarganya.

6.        Pelajar juga boleh membuat sajak atau lagu untuk mempromosikan diri mereka.

7.        Pelajar secara bergilir perlu membuat mempromosikan dirinya kepada rakan-rakan dalam kumpulannya. Setiap pelajar bebas membuat promosi dalam apa jua cara yang bersesuaian tetapi dengan syarat tidak keterlaluan.

8.        Semua pelajar diminta mengingat nama rakan-rakan dan butiran lain yang diceritakan mengenai rakan-rakan mereka supaya mereka dapat menimba pengalaman bermakna daripada rakan-rakan mereka.

9.        Fasilitator perlu memproses bersama pelajar mengenai aspek perasaan dan pengalaman yang dialami semasa mempromosi di hadapan rakan-rakan. Fokuskan perbincangan mengenai perasaan mereka seandainya ada di kalangan rakan-rakan yang tidak memberi tumpuan apatah lagi tidak mengenali diri mereka setelah perbincangan dijalankan. Fasilitator perlu menekankan aspek saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

 

 

Rumusan :

 

Dalam proses komunikasi mesej yang hendak disampaikan kepada penerima mestilah jelas dan mudah difahami. Konsep kendiri individu yang rendah juga akan mempengaruhi cara seseorang itu berkomunikasi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AKTIVITI  2

 

Tajuk              :   Komunikasi  sehala dan dua hala.

Objektif          :    Selepas aktiviti ini pelajar akan :

1.        Memahami konsep komunikasi sehala dan dua hala.

2.        Menyedari konsep kepentingan komunikasi dua hala.

3.        Menyedari bagaimana pentingnya  komunikasi melalui penggunaan perkataan yang betul dan gerak-geri yang sejajar.

4.        Memahami pentingnya kemahiran mendengar dalam proses berkomunikasi.

Kaedah           :     Sumbang saran.

Masa               :     30 Minit

Alatan             :   a.     2 helai ketas kosong bagi setiap peserta.

b.          pensel

c.           lukisan contoh

 

Langkah-langkah

 

1.                  Setiap pelajar diberi 2 helai kertas kosong.

2.                  Fasilitator memberi arahan berikut untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak dibenarkan bertanya . Arahan diulang dua kali sahaja.

a.       Lukis satu awan larat.

b.      Bawah awan larat buat garis selari.

c.       Lukis segi empat sama.

d.      Di kiri, kanan dan atas segi empat sama lukis segi empat tepat, buat dua garis untuk menyambung ketiga-tiga segi empat tepat itu akan terbentuk segi tiga tepat.

e.       Di dalam segi empat sama buat 2 segi empat sama lagi dan satu segi empat tepat.

f.       Di dalam segi empat tepat dalam segi tiga sama yang pertama lukis bulatan kecil di tepisebelah kiri sama tengah..

3.                  Di atas kertas lain peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang 

                  sama tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya.

4.                  Peserta diminta meletakkan kedua-dua lukisan mereka di lantai di hadapan

                  masing-masing.

5.                  Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan          

            contoh. Mereka digalakkan memberi maklum balas berkenaan perbezaan  

            perasaan mereka sewaktu melukis kali pertama dan kedua.

 

Rumusan

 

1.                  Fasilitator menggalakkan peserta berbincang tentang aktiviti tadi dengan memberi fokus kepada :

a.       Kesukaran berkomunikasi sehala- menerima arahan tanpa diberi

      kesempatan menyoal boleh menimbulkan berbagai-bagai perasaan negatif 

      di kalangan individu. 

b.      Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat, 

      mengikut tafsiran sendiri.

c.       Pentingnya mendengar arahan dengan teliti dan memberi respon yang

      menggalakkan komunikasi

2.                  Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan sebagai seorang pendengar

            dan pemberi respon yang menggalakkan, pada masa berinteraksi dan berbual 

            dengan rakan terutama dengan mereka yang sedang menghadapi 

            kebimbangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AKTIVITI  3

 

Tajuk              :   Hilang dan jumpa

Objektif          :   1.     Mendedahkan pelajar kepada cara berkomunikasi berhemah.

2.          Pelajar dapat mempelajari kaedah bagaimana berinteraksi dengan

                                    rakan sebaya dengan lebih efektif.

3.          Memupuk sifat berani bertanya.

Kaedah           :   Sumbang saran.

Masa               :   20 minit

Alatan             :   Barang barang kepunyaan sendiri ( peserta )

 

Langkah-langkah

 

1.                  Fasilitator meminta pelajar menyediakan satu jenis barang kepunyaan sendiri dan diletakkan di dalam satu bekas.

2.                  Pelajar diminta mengambil barang secara rawak ( bukan kepunyaan sendiri ).

3.                  Pelajar diminta mencari tuan empunya barang tersebut.

4.                  Pelajar dikehendaki mengetahui latar belakang tuan empunya barang tersebut.

5.                  Setelah itu, pelajar diminta menceritakan apa yang diketahui di hadapan kumpulan besar.

 

Rumusan

 

1.                  Fesilitator membuat rumusan mengenai berkomunikasi secara berhemah dengan rakan boleh menjalin kemesraan dan keyakinan diri.

2.                  Kita hendaklah memupuk sifat keberanian dalam membina hubungan. Malu biarlah bertempat.

       3.       Komunikasi adalah untuk mendapat maklumat.

 

PENUTUP

 

Masa               :  10 minit

 

Kaedah           :  Inventori maklumat kendiri

 

Langkah         :  1. Fasilitator mengedarkan borang inventori kepada pelajar.

                           2. Pelajar melengkapkan borang inventori.

                           3. Fasilitator memproses bersama pelajar mengenai aspek perasaan dan 

                               konsep kendiri mereka.

 

 

 

9.0  PENGAJARAN

           

                   Pengajaran yang diperolehi dari modul ini ialah:

1.      Sekiranya seseorang itu hendak bercakap, tunggulah sehingga komunikator selesai melafazkan kata-katanya. Barulah kita bercakap. Kita juga mahu  orang lain menghormati dan mendengar setiap kata-kata kita.

2.      Idea utama yang diucapkan mestilah difahami agar pendengar tidak  terpesong dari konteks yang diucapkan.

3.      Semasa berkomunikasi terdapat berbagai-bagai halangan atau gangguan. Cubalah lawan gangguan-gangguan itu. Berikan sepenuh perhatian kepada idea dan perkataan yang diucapkan dan juga perasaan orang yang bercakap.

4.      Jangan biarkan pandangan pertama (first impression)  terhadap orang yang bercakap mempengaruhi interpretasi mesej. Ketepikan ciri-ciri peribadinya yang anda tidak suka kerana ia mungkin boleh memberi berpendapat idea dan hujah yang baik dan bernas.

5.      Hendaklah berinteraksi dengan berhemah dan berikan maklum balas sebagai pendengar yang baik.

 

 

10.0  KESIMPULAN

 

Modul ini memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar mengenai cara berkomunikasi yang baik dan berhemah. Penekanan dibuat kepada cara-cara memahami aspek-aspek yang sesuai dalam perhubungan individu bagi mewujudkan perasaan saling memahami dan saling menerima. Dengan kemahiran komunikasi yang digunakan dalam modul ini akan dapat mempengaruhi konsep kendiri seseorang individu itu. Ini adalah kerana konsep kendiri individu yang rendah akan mempengaruhi seseorang itu berkomunikasi. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BIBLIOGRAFI

 

 

Hashim Fauzy Yaacob. (2001).  Komunikasi Antara Manusia.: Universiti Teknologi 

         Malaysia, Skudai

 

Zuraidah Ab.Rahman..(1998). Program Rakan Sebaya : Institut Aminuddin Baki

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

INVENTORI KONSEP KENDIRI ( untuk remaja)

 

Arahan : Tandakan ( / ) pada ‘ya’ bagi kenyataan yang selalu mengambarkan anada. Sekiranya kenyataan  tidak mengambarkan anda tandakan ( / ) di ruang ‘tidak’. Sila tandakan hanya salah satu sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’.

Ini bukanlah  satu ujian, oleh itu tidak ada jawapan yang betul atau salah.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s