Kesihatan

KESIHATAN MENTAL 
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan
kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
Bagaimana seseorang     itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul
dari kehidupan harian.
Contoh : Tekanan 1
Ciri-ciri kesihatan mental yang positif, terhadap diri sendiri
  • Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
  • Berupaya mengawal perasaan.
  • Sanggup menerima kegagalan.
  • Mampu menghindari  kegiatan yang tidak bermoral.
  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
  • Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
  • Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
    
  • Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka. 
Terhadap cabarann
  • Berupaya menghadapi  dan menyelesaikan masalah.
  • Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
  • Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
  • Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian. 
    
    
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
  • Menerima kenyataan diri secara realistik.
  • Mengendali masa dengan baik (time management)
  • Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
  • Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  • Menjaga kesihatan fizikal.
  • Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
  • Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  • Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
  • Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  • Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu. 
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
  • Perasaan rendah diri.
  • Tekanan dalam hidup.
  • Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
  • Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral
    
  • (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
  • Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
  • Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah
    
  • (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
  • Peningkatan risiko penyakit mental.
Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s