Konsep kendiri

Konsep kendiri diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988. Dalam istilah konsep, James menyifatkan kendiri sebagai ‘saya’ dan menegaskan, setiap orang perlu tahu mengenai diri sendiri. Bugental dan Zelen (1950) serta Gordon (1968) juga menekankan konsep yang sama seperti beliau.

Istilah ‘saya’ ini dapat dilihat daripada pelbagai perspektif yang merangkumi aspek-aspek seperti tubuh badan, pemikiran, pakaian, tempat tinggal, ahli keluarga, rakan-rakan dan segala perkara yang ber-kaitan dengan diri sendiri. William James juga menyatakan, ia adalah suatu pengalaman sosial dengan identiti personal yang bergantung pada perhubungan antara individu dengan orang lain. Pendek kata, ia boleh menjadi hak peribadi serta menjadi sebahagian daripada diri yang dikenali sebagai konsep kendiri. Ia adalah identiti diri yang dapat mempengaruhi diri dengan persekitaran sosial secara langsung ataupun tidak langsung. Konsep kendiri setiap individu adalah berbeza dan ia berubah daripada semasa ke semasa. Markus dan Nurius (1986) mencadang-kan, konsep kendiri yang berubah-ubah sebenarnya dikenali sebagai working self-concept. Ia adalah satu cara mengubah kepada pengalaman ataupun pendedahan baru, respons yang baru dan pencapaian maklumat yang baru iaitu suatu hakikat yang wujud bagi memberi kesan kepada individu dalam pelbagai aspek. Mereka lebih memahami kebaikan dan keburukan sesuatu aktiviti yang dilakukan serta dapat mengubah kelakuan mereka ke arah positif. Konsep kendiri penting kerana ia adalah asas bagi membentuk diri yang baik supaya kita dapat menerima kelebihan dan kelemahan yang ada. Dengan konsep kendiri, seseorang dapat mengawal diri daripada unsur-unsur yang tidak baik serta menunjukkan tingkah laku yang terbaik pada generasi akan datang. Selain itu, konsep kendiri juga adalah asas meningkatkan diri bagi menghadapi cabaran hidup. Kesimpulannya, konsep kendiri adalah penerimaan pada diri. Ia berkait rapat dengan perasaan individu pada kebolehan, perkara-perkara yang berlaku dan perkara yang akan berlaku pada dirinya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s